" ILMU PELITA HIDUP"

SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NANGKA, BELURAN SABAH

4/15/2009

Sejarah SK Sungai Nangka

SK Sungai Nangka dibina atas idea Pengerusi Koperasi Rurat yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Hj. omar. Beliau ingin melihat anak-anak penduduk kampung Sungai nangka mempunyai penegtahuan dan tidak ketinggalan dengan arus pembangunan sekitar daerah Beluran. Oleh yang demikian beliau bersama-sama ahli Koperasi Rurat ( Penduduk-penduduk Kampung Sungai Nangka) sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membina sebuah bangunan sekoloah tiga bilik dan sebuah rumah guru di tapak sekolah lama yang terletak di Kampung Cahaya Baru.
Demi kemajuan SK Sungai Nangka beliau bersama-sama penduduk kampung telah menyerahkan tanah seluas enam ekar kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk membina sekolah baru iaitu di tepi jalan utama Beluran- Sandakan. Guru Besar yang pertama pada ketika itu ialah En. Sulaiman Yusof yang bersama-sama penduduk kampung berkerjasama memajukan keceriaan SK Sungai Nangka.


Bahagian Sekolah Lama

Satu bangunan ( 2 bilik darjah, satu bilik guru dan satu bilik Guru Besar)

Pada ketika itu 3 kelas telah diwujudkan iaitu (Tahun 1, 2 dan 3) . Inisiatif pihak pentadbir telah menggunakan balairaya sebagai bilik darjah disebabkan kekurang bilik darjah. Keadaan ini adalah disebabkan berlaku pertambahan murid dan kesedaran ibu bapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka.

Pada tahun 1994, JPN telah membina sebuah bangunan sekolah dibawah projek kilat di tapak baru SK Sungai Nangka. Hari demi hari dan tahun berganti tahun, SK Sungai Nangka kini sebaris dengan sekolah-sekolah di daerah Beluran dari segi kemudahan infrastrukturnya.

Profil terkini

SK Sungai Nangka berada di tepi jalan raya antara Beluran - Sandakan. Murid -murid di sekolah ini datang dari kampung yang berhampiran iaitu Kg. Sungai Nangka, Kg. Cahaya Baru, Kg. Rampik, Kg. Balaban Jaya dan dari Malsa. Hampir 97% pelajar di sekolah ini pelajar islam dan selebihnya adalah kristian. Tiada perbezaan fahaman agama yang timbul disekolah ini, semua kaum menghormati antara satu sama lain.
SK Sungai Nangka, boleh melakar kecemerlangan dan kegemilangan dengan komitmen setiap guru dan sokongan moral dan kewangan dari pihak pejabat pelajaran daerah, bahagian dan negeri. Fizikal sekolah masih belum sempurna dengan ketiadaan pagar sekolah, kami warga sekolah amat berharap agar keperluan fizikal ini dapat ditangani oleh pihak yang berkenaan. Tiada yang mustahil untuk dicapai. Dengan semangat dan iltizam, kami Warga SK Sungai Nangka sentiasa menjadikan kecermerlangan sebagai budaya kami.







4/07/2009

Visi dan Misi

VISI
MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEBOLEHAN DALAM SEGALA BIDANG
MISI
MELAKSANAKAN TATACARA DAN AMALAN TERBAIK DENGAN MELIBATKAN SEMUA PIHAK AGAR DAPAT MEMBERI MANFAAT BERSAMA DALAM MEMBANTU MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAMPUAN DAN BERKEBOLEHAN

Piagam Pelanggan

akan dipos kemudian